Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Ke-47 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Al Jazari, Politeknik Shah Alam dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar. Sambutan tahun ini membawa tema ‘Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat’ yang memberi fokus pada pemberian khidmat kepada masyarakat.