Aduan Rakyat

Sisa dapur restoran punca longkang tersumbat dan busuk

KDEB Waste Management (KDEBWM) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melakukan operasi pembersihan longkang yang tersumbat di Jalan Pandan 2/2, Pandan Jaya. Operasi tersebut dilakukan selepas pihak KDEBWM mengenal pasti bahawa kawasan tersebut kerap banjir. Menggunakan jentera berteknologi tinggi iaitu ‘High Pressure Water Jetter’ dan ‘Catch Basin Cleaner’, pihak KDEBWM berjaya mengeluarkan sejumlah lemak beku sisa restoran di kawasan tersebut yang menjadi punca bau busuk akibat longkang tersumbat.

Kandungan berkaitan