Klik

Skuad Pantas MPKj, 30 mangsa terperangkap selamat

Hasil tindakan cekap Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kira-kira 30 mangsa yang terperangkap dalam rumah akibat banjir kilat di Kampung Batu 10, Hulu Langat berjaya diselamatkan. Banjir kilat tersebut melibatkan 15 unit rumah, dan kebanyakan mangsa dikeluarkan menggunakan bot MPKj dan bomba.

Kandungan berkaitan