Klik

Suasana solat Jumaat pertama selepas PKP

Orang ramai hari ini kembali menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat seluruh Selangor. Terdahulu, semua masjid dan surau ditutup selama empat bulan (hanya 39 buah dibuka untuk solat Jumaat dengan kapasiti tertentu) kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Bagaimanapun, jumlah jemaah masih terhad kepada 1,000 orang bagi masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 500 orang bagi masjid kariah, dan 40 orang bagi surau Jumaat.

Kandungan berkaitan