Klik Video Pilihan Video Utama

Sultan kurnia pingat kebesaran

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengurniakan pingat kebesaran kepada 185 penerima bagi Daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam & Sepang sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-73. Istiadat disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Seramai 28 penerima dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) dan 36 Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC). Sementara 91 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 30 lagi Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

Kandungan berkaitan