Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari hadir memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang. Kerajaan Negeri menjunjung perintah DYMM Sultan Selangor untuk mengibarkan bendera Selangor separuh tiang sebagai tanda penghormatan dan dukacita.