Klik

Tabung Covid-19: RM22.66 juta setakat semalam

Sejumlah RM22.66 juta telah diterima kerajaan melalui sumbangan tabung Covid-19 setakat semalam. Daripada jumlah itu, RM5.68 juta telah disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk fasa pertama bantuan pembelian barangan keperluan harian kepada golongan terjejas terutama bagi mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Bagi fasa kedua, sejumlah RM9.06 juta akan disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YKN untuk meningkatkan kemampuan pengagihan bantuan itu.

Kandungan berkaitan