Kemenangan Hannah Yeoh bagi Parlimen P.117 Segambut dengan majoriti besar 53,124 undi jauh meninggalkan calon lain. PAS mendapat undi sebanyak 4,181 dan Barisan Nasional, 7,422.
Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang gamat seketika apabila Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama keluarga tiba mengunjungi pusat pengiraan undi itu sebelum keputusan diumumkan.
Laporan sekitar proses pengundian bagi P.100 Pandan di Sekolah Rendah Agama Pandan Indah. 10 saluran dibuka di lokasi ini. Parlimen Pandan merekodkan 101,319 pemilih berdaftar.