Klik

Tiada kes baharu kluster PUI Sivagangga & Kurau hari ini

Tiada pertambahan kes baharu dicatatkan bagi kluster PUI Sivagangga dan kluster Kurau hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 5,645 individu di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah disaring menerusi kluster PUI Sivagangga. Manakala bagi kluster Kurau, seramai 180 individu disaring dari negeri Perak dan Pulau Pinang.

Kandungan berkaitan