Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor merupakan antara program yang banyak membantu golongan kurang berkemampuan dalam menjana ekonomi. Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal, Mazwan Johar yang turut serta dalam majlis penyerahan bantuan Blueprint peringkat daerah Hulu Langat berkata, beliau turut berharap agar program seumpama ini dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.