DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dato’ Mohd Reza Mohd Sany dan delegasi di Istana Alam Shah, Klang semalam. Dalam pertemuan itu, kesemua wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seluruh negara menyembahkan laporan semasa mengenai operasi dan aktiviti di lokasi masing-masing.