Program Kerajaan Selangor Video

Worldwide teruskan tradisi edar bubur lambuk

Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk, surau, masjid, rumah anak yatim dan Maahad Tahfiz sekitar Shah Alam dan Klang melalui Program Masak Bubur Lambuk dan Penyampaian Sumbangan Ramadan anjuran Worldwide Holdings di pejabatnya, dekat Seksyen 7, semalam.

Program tahunan yang yang menjadi tradisi Worldwide Holdings itu bertujuan berkongsi keuntungan syarikat, di samping beramah mesra dengan masyarakat khususnya yang beragama Islam dalam menjalani ibadah puasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria, berkata program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berbentuk kemsyarakatan yang telah dirancang bagi mengagihkan keuntungan yang diperoleh kepada masyarakat.

Kandungan berkaitan