Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Dato’ Zul-kefli@Zulkefli Khalid bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong, Wong Siew Ki semalam meninjau lokasi Perindustrian Taming dan sekitar Balakong bagi memastikan semua pengilang di sekitar kawasan berkenaan menjaga kebersihan dan mengawal aliran sisa buangan kilang supaya tidak berlaku pencemaran sungai.