Klik

YDP turun padang pastikan bazar Ramadan Bandar Baru Selayang patuhi SOP

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor semalam turun padang membuat tinjauan di Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang bagi memeriksa harga jualan dan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi oleh para pengunjung dan peniaga. Tinjauan juga bertujuan memastikan aspek kebersihan terjamin dan mematuhi syarat permit perniagaan bazar Ramadan.

Kandungan berkaitan