Klik

YIDE serah sumbangan untuk pekerja pembersihan Bakti Suci

Yayasan Islam Daru Ehsan (YIDE) menyerahkan sumbangan bakul makanan asas kepada 150 pekerja barisan hadapan Bakti Suci Holding Sdn. Bhd. yang bertugas sebagai Pembantu Am di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan untuk pembangunan ekonomi Islam di Negeri Selangor dengan perkhidmatan Pemaju Pembangunan, Pembersihan dan Perkhidmatan Teknologi Maklumat.

Kandungan berkaitan