Klik

YIDE sumbang wang tunai bantu MITS Banting

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bergegas hadir melawat kejadian kebakaran yang memusnahkan asrama perempuan selain memberi sumbangan berupa wang tunai kepada Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Kuala Langat, Banting. Pengetua MITS, Abdul Halim Saljadi menjelaskan, kebakaran berpunca daripada litar pintas dan telah memusnahkan 50 peratus asrama perempuan itu yang dihuni seramai 141 pelajar serta warden. Difahamkan, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kandungan berkaitan