Klik

26 individu direman ingkar PKP

Semalam, 25 November 2020, pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan 243 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah itu, seramai 217 individu dikompaun manakala 26 lagi direman. Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (79), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (48), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (40), merentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (20) dan lain-lain (56).

Kandungan berkaitan