Program Kerajaan Selangor Video

3 anak syarikat PKNS meterai Ikrar Integriti Korporat banteras rasuah

SINOPSIS

Tiga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memeterai Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama perbadanan itu sebagai menifestasi membenteras gejala rasuah dan salah laku di dalam sektor awam dan swasta. Tiga syarikat berkenaan adalah Selaman Sdn Bhd yang diwakili oleh Dzulkarnain Ahmad, PKNS Engineering and Construction Berhad (PECB), Ahmad Pauzi Mhd Noor dan wakil Datumcorp International (DCI), Shytul Shahryn Mohamad Shaari. Majlis tandatangan ikrar ini disaksikan oleh Pemangku Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan.

Kandungan berkaitan