Kementerian Kesihatan telah menjalankan saringan Covid-19 terhadap 768 kontak rapat kluster Pedas dan sebanyak 131 kes disahkan positif. Sementara itu, individu yang mempunyai kontak rapat kluster tapak pembinaan Setia Alam diminta tampil untuk menjalani saringan.