Hampir 2,000 orang menyertai acara berbasikal Velo Fun Ride anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor di Sepang dengan tiga kategori berbeza iaitu kayuhan 40km, 20km serta ‘Push Bike’ bagi kanak-kanak berumur 2-6 tahun. Dana terkumpul akan disalurkan kepada kos pembinaan taska anak-anak kakitangan JKR Selangor.