Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menjelaskan isu yang timbul mengenai pewartaan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang diwartakan baru-baru ini. Tambahnya pewartaan pelan lama itu membantu kerajaan mengenal pasti setiap pelanggaran yang berlaku sewaktu pentadbiran terdahulu.