Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Selangor Para SUKMA XIX, Perak 2018 oleh Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) yang berlangsung di Dewan Aster 1&2 PKNS, Shah Alam menyaksikan pakaian rasmi untuk atlet Para SUKMA dilancarkan. Temasya yang berlangsung pada 21-28 November melibatkan 10 jenis sukan. Selangor akan menghantar 161 kontinjen dengan kekuatan 110 atlet.