43 premis makanan dan tandas awam menerima hadiah pertandingan kebersihan yang dianjurkan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Sebanyak lima kategori dipertandingkan untuk kebersihan premis makanan dan empat kategori dipertandingkan untuk kebersihan tandas awam. Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Dewan Hamzah, Klang.