Kerajaan Negeri kini dalam proses mendapatkan laporan penuh daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berhubung tragedi kebakaran yang melibatkan 200 lot kedai di Uptown Puchong Permai pada 2 Februari lalu. Bantuan kepada peniaga terlibat akan diumumkan dalam masa terdekat.