Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya bertindak mengeluarkan 1,500kg bahan kimia dari kilang berhampiran lokasi kebakaran atas maklumat pemilik kilang. Kejadian kebakaran kilang racun dan baja yang menghasilkan letupan dahsyat berlaku di kawasan perindustrian Pulau Indah 5 Julai lalu nyaris mengakibatkan seluruh udara sekitar Klang tercemar dengan gas beracun.