Bersempena Kempen Jom Bayar Lesen Perniagaan 2020, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak di 19 lokasi terpilih sekitar Petaling Jaya bermula 5 November sehingga 27 Disember 2019. Peniaga juga boleh melakukan semakan pembaharuan lesen di laman sesawang eperkhidmatan.mbpj.gov.my/cariLesen atau muat turun aplikasi eLesen MBPJ bagi keterangan lanjut.