Kerajaan hari ini mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur berkuatkuasa selama 14 hari bermula 7 April 2020. Tindakan itu diambil susulan 15 kes positif Covid-19 dilaporkan di bangunan berkenaan.