Seramai 403 individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan pada 6 April 2020 berbanding 554 individu pada hari sebelumnya, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Dalam pada itu, indeks jenayah negara sepanjang PKP dilaporkan menurun sebanyak 70 peratus.