Polis Selangor memperkenalkan Sistem Rondaan Aberdeen dalam usaha memperketatkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga. Sistem yang berkonsepkan rondaan berjalan kaki dalam lingkungan jarak yang ditetapkan itu melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memantau lokasi tertentu seperti kawasan perumahan, premis komersial, pasar raya dan pasar awam.