Hampir 600 keluarga orang asli DUN Tanjong Sepat hari ini menerima bantuan barangan keperluan menerusi Program Penyampaian Sumbangan Kepada Masyarakat Orang Asli Negeri Selangor dalam menangani Covid-19. Agihan membabitkan penduduk di Kampung Orang Asli Tanjung Sepat dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkung, Sungai Pelek.