Warganegara yang berada di luar negara dan ingin pulang ke Malaysia kini boleh memuat turun dan menandatangani Surat Aku Janji (LOU) dan Indemniti melalui laman sesawang Kementerian berkaitan. LOU lengkap perlu dihantar ke e-mel Perwakilan Malaysia selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh berlepas.