Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 86 kes telah pulih daripada Covid-19 dan merekodkan 10 kes baharu. Sementara itu, sebanyak lapan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.