Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin menegaskan, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum sekolah dibuka pada 24 Jun ini ialah guru-guru bertugas perlu memeriksa suhu badan murid-murid terlebih dahulu. Pemeriksaan ini juga merangkumi semua individu yang ingin berurusan di dalam sekolah.