Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat tiga kes baharu dilaporkan melibatkan warganegara yang mendapat jangkitan dari luar negara. Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada kematian dilaporkan.