Kejadian hujan lebat luar biasa petang semalam telah mengakibatkan beberapa tempat di sekitar Kajang banjir kilat dan menyebabkan kerosakan harta benda penduduk. EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi & Inovasi (STI) & Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian hari ini bersama Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat , Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meninjau kesan kerosakan harta benda awam dan penduduk yang terlibat.