Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi menyeru agar pelukis mural di Selangor lebih berhati-hati memilih imej serta lokasi dalam menghasilkan karya mereka. Beliau sedia membantu bagi mendapatkan lokasi yang bersesuaian khusus untuk pelukis mural berkarya di sekitar Shah Alam.