Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 14 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini membabitkan lima kes import dan sembilan kes penularan tempatan. Sementara itu, terdapat pertambahan satu kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 128 kes.