Setakat pukul 6.30 pagi, sebanyak 1,156 daripada 1,292 kawasan telah kembali menerima bekalan air setelah mengalami gangguan susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran. Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), baki 136 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan melibatkan wilayah Klang/Shah Alam, Gombak , Petaling dan Kuala Lumpur.