Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini membuat operasi bersepadu melibatkan kerjasama diantara pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kedai Apartment Taman Cheras Prima dengan membuat pemeriksaan ke atas 78 premis perniagaan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian daripadanya didapati telah tamat tempoh lesen perniagaan.