Sehingga 19 September 2020, sebanyak 268 kertas siasatan telah dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung berita palsu berkaitan Covid-19. Daripada jumlah itu, sebanyak 131 masih dalam siasatan, manakala 35 kes telah didakwa di mahkamah, 12 diberikan notis amaran, 16 dalam proses perbicaraan dan 19 telah mengaku bersalah.