Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 823 kes. Daripada jumlah itu, 664 kes adalah daripada kluster sedia ada, 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 manakala 109 kes lagi daripada lain-lain saringan. Sementara itu, satu lagi kluster baharu dikesan di negeri itu iaitu Kluster Dang Mutiara melibatkan daerah Gombak dan daerah Dungun serta Kemaman di Terengganu.