Klik

LZS bantu ibu & bayi pindah rumah baharu

Seorang ibu dengan bayi yang tinggal di sebuah rumah usang di Petaling telah dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) daerah berkenaan. Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Muhammad Sharil Ritin berkata, mereka akan segera dipindahkan ke rumah sewa berhampiran dan ditanggung sepenuhnya LZS manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor akan turut menghulurkan bantuan yang bersesuaian untuk keluarga tersebut.

Kandungan berkaitan