Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi di Malaysia hari ini iaitu dengan 1,199 kes. Sementara itu, terdapat juga pertambahan satu kluster baharu melibatkan daerah Hulu Langat iaitu Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok.