EXCO Perumahan & Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail mahu pemilik kebun komuniti di Selangor bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi meningkatkan pasaran hasil tani seterusnya mampu memenuhi permintaan pelanggan terhadap produk mereka dengan harga lebih murah berbanding pasaran biasa.