Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara dengan kerjasama Kelab Rotary dan Kelab Lion hari ini menyerahkan sebanyak 800 pek makanan tengah hari kepada petugas barisan hadapan di sekitar kawasan Puchong dan Seri Kembangan. Ia sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan bakti golongan berkenaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.