Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah menjalankan operasi pemantauan dan penangkapan haiwan ternakan yang memasuki kawasan laluan awam dan perumahan pada 9 Februari 2021. Satu ekor lembu masing-masing di Bestari Jaya dan Jeram dan lapan ekor kambing di Tambak Jawa telah berjaya ditangkap.