Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menyumbang 1,200 naskhah buku kepada 12 taska yang menempatkan anak petugas barisan hadapan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak berkenaan. Khidmat pengasuhan percuma di taska terbabit merupakan program Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan dan sebahagian Pakej Kita Selangor.