Gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan merupakan kesalahan tertinggi yang direkodkan menerusi operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan pihak berkuasa semalam (25 Februari 2021). Sementara itu, seramai 326 individu ditahan kerana ingkar SOP, manakala 36 pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas dalam Operasi Benteng.