Selangor hari ini (1 April 2021), merekodkan pertambahan 237 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif negeri itu sebanyak 116,315 kes. Sementara itu, dua lagi kluster baharu dikenal pasti melibatkan penularan tempat kerja iaitu Kluster Bukit Serdang dan Kluster Jalan Sungai Ramal. 44 daripada 1,178 kes positif yang dilaporkan hari ini adalah dari kluster berkenaan.