Sebanyak 26 pusat pemberian vaksin Covid-19 telah dikenal pasti dan sedia diaktifkan mengikut masa yang sesuai, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari. Jelasnya, pusat tersebut melibatkan hospital, dewan orang ramai dan dewan komuniti bagi memudahkan pemberian vaksin kepada rakyat.